The M Studio

The M Studio

Utama Tempahan Galeri Jejak Pesanan Terma
English Bahasa Melayu Bahasa Indonesia
Penjejakan Log Masuk
Utama Tempahan Galeri Jejak Pesanan Terma

Bahasa

English Bahasa Melayu Bahasa Indonesia
Penjejakan Log Masuk Daftar
Lihat Terma

Terma dan Syarat

Sila baca terma kami dengan teliti sebelum membuat tempahan.

Kembali ke Laman Utama
Tempah Sekarang

TERMA & SYARAT TEMPAHAN STUDIO RAYA

Terma & syarat ini terpakai untuk semua tempahan Studio Raya The M Studio. Dengan membuat tempahan di website, pelanggan dianggap bersetuju sepenuhnya dengan terma & syarat di bawah.


1) Pengesahan Tempahan (Automatik)

Tempahan anda hanya dianggap BERJAYA & DISAHKAN selepas bayaran penuh dibuat di website.

Sistem akan menghantar pengesahan automatik ke WhatsApp pelanggan (berdasarkan nombor yang diisi semasa tempahan).

Pengesahan akan mengandungi maklumat seperti:

Tarikh & masa sesi

Tema/Ruang dipilih

Nama tempahan

*Penting: Pastikan nombor WhatsApp yang dimasukkan betul dengan letak nombor "6" dihadapan telefon seperti 60123456789. The M Studio tidak bertanggungjawab jika pelanggan tersalah isi nombor.


2) Pembayaran (Full Payment Sahaja)

The M Studio menggunakan Full Payment untuk lock slot.

Semua pembayaran dibuat secara online melalui website The M Studio.

Slot hanya akan “locked” selepas bayaran berjaya.

Tempahan tanpa bayaran dianggap tidak sah


3) Polisi Pembatalan

Semua bayaran adalah TIDAK BOLEH DIPULANGKAN (NON-REFUNDABLE) atas apa-apa sebab, termasuk:

pembatalan oleh pelanggan

sakit / kecemasan

masalah pengangkutan / lewat

cuaca / hujan

tersilap pilih tarikh/masa/tema

tidak hadir (“no show”)

*Dengan membuat bayaran, pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa tiada refund akan diberikan


4) Polisi Penjadualan Semula (Reschedule)

Reschedule hanya dipertimbangkan atas budi bicara The M Studio dan tertakluk kepada syarat berikut:

Reschedule mesti dibuat sekurang-kurangnya 48 jam sebelum sesi

Tertakluk kepada kekosongan slot

Reschedule hanya dibenarkan 1 kali sahaja

Permintaan reschedule kurang daripada 48 jam, atau pada hari sesi, akan dianggap hangus dan bayaran tidak dikembalikan.

*Jika pelanggan ingin tukar tarikh selepas tempoh dibenarkan, pelanggan perlu buat tempahan baru


5) Harga Studio Raya (Mengikut Tarikh Sesi)

Harga yang dikenakan adalah berdasarkan tarikh sesi (bukan tarikh pelanggan buat booking).

Jadual Harga The M Studio:


19 Feb 2026 – 28 Feb 2026 : RM120

1 Mac 2026 – 20 Mac 2026 : RM150

21 Mac 2026 – 22 Mac 2026 : RM200

23 Mac 2026 – 17 Apr 2026 : RM150


6) Had Pax Maksimum (Ikut Tema/Ruang)

Pax = jumlah individu yang masuk dan bergambar dalam studio (dewasa & kanak-kanak).

Kanak-kanak bawah 5 tahun TIDAK dikira sebagai pax.

Maksimum 8 pax setiap ruang.


Pax tambahan:

Jika jumlah pax melebihi had, caj tambahan ialah:

RM10 / seorang (pax tambahan)

Jika melebihi pax kami sarankan anda ambil 2 slot booking.

Jika pelanggan hadir melebihi kapasiti ruang studio (contohnya terlalu ramai), The M Studio berhak untuk:

menghadkan jumlah yang masuk pada satu-satu masa, atau

menolak lebihan pax daripada masuk jika ruang tidak sesuai/terlalu padat


7) Ketepatan Masa (Datang Awal)

Pelanggan disarankan hadir 10 minit lebih awal.

Sesi bergambar adalah 20 minit sahaja, dan 10 minit adalah buffer time.

Jika pelanggan lewat:

sesi tetap ikut jadual asal

masa lewat akan ditolak daripada tempoh sesi

tiada gantian masa dan tiada refund

Jika lewat 15 minit atau lebih:

slot boleh dianggap hangus

bayaran tidak dikembalikan

The M Studio tidak bertanggungjawab atas kelewatan disebabkan jem, parkir, hujan, atau faktor luar dan lain.


8) Hasil Gambar (Softcopy)

Semua gambar siap akan diberikan dalam tempoh:

1 – 2 hari selepas sesi

Link gambar akan dihantar melalui WhatsApp

Pelanggan disarankan download sebaik menerima link

Link gambar hanya aktif sehingga December 2026 sahaja.

Selepas tempoh tersebut, link akan ditutup/dipadam dan The M Studio tidak bertanggungjawab atas kegagalan pelanggan menyimpan gambar.


9) Lokasi Studio (Tingkat 1 – Tidak Wheelchair Friendly)

The M Studio berada di tingkat 1.

Oleh itu, studio ini tidak wheelchair friendly dan tidak sesuai untuk pelanggan yang memerlukan akses lif/kerusi roda.

Pelanggan dinasihatkan membuat pertimbangan sebelum membuat tempahan.


10) Hak Cipta & Kebenaran Penggunaan Foto (Promo Studio)

Semua gambar adalah hak cipta The M Studio.

The M Studio berhak menggunakan gambar pelanggan untuk:

portfolio

media sosial (IG/FB/TikTok)

website

iklan/promosi

Jika pelanggan tidak bersetuju gambar digunakan:

pelanggan perlu maklumkan sebelum sesi bermula melalui WhatsApp.


11) Peraturan Studio & Keselamatan

Untuk keselesaan semua:

Jaga kebersihan studio dan hiasan

Jangan merosakkan props/peralatan

Kanak-kanak mesti dipantau oleh penjaga setiap masa

Jika berlaku kerosakan akibat kecuaian pelanggan:

pelanggan perlu membayar kos kerosakan mengikut nilai semasa


12) Barang Peribadi (Liabiliti)

The M Studio tidak bertanggungjawab ke atas:

kehilangan barang peribadi

kerosakan telefon/kamera/barang berharga pelanggan

Pelanggan dinasihatkan menjaga barang masing-masing sepanjang sesi.


13) Maklumat Perhubungan

Jika perlukan bantuan, sila hubungi The M Studio:

WhatsApp: http://wa.me/+60102917131 @ 601102917131